THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 19, 2010

Facebook MLM

- 26 november 2007-


300 juta umat
bertumpu pada yang satu
bagai diberi dadah
dadah buatan yahudi

melalaikan bagi yang alpa
dibodoh kan bagi yang leka
banyak memberi keuntungan
keuntungan segenap dosa

aku bukan yang anti
cuma berpesan diri ku nanti
untuk mengaut
mengaut dari keberuntungan

kita jangan jadi mangsa
mangsa konspirasi zionis
kita harus bijak
bijak manipulasi ideologi

kumpul kan pahala
pahala dari like
sebar kan ukhwah
ukhwah dari tags

Monday, August 16, 2010

Piala Dunia Piala Akhirat

dikala malam
bersengkang mata
riuh di sana sini
menikmati sorakan
yang datang hanya
4 tahun sekali

bahang di rasa
menyelinap pelusuk dunia
membangkit keghairahan
membara keterujaan

demam yang di nanti
bukan keinginan mati
buat pada yang kaki
mc akan pasti

dikala malam
meninggal empuk tilam
tangisan membasahi pipi
ramadhan menginsafi diri

di kedinginan embun pagi
membasuhi diri
tenggelam meruntun hati
lemah lutut berdiri
di bawah kebesaran ilahi

sunyi sepi
bagi insan tenggelam dalam mimpi
tiada lagi
jeritan kerancakan sepakan
tapi kini
mencari ketenangan
bagi insan berjaga malam

Saturday, August 14, 2010

terbang aku terbang



terbang burung terbang

aku ingin terbang

melebar sayap

meluncur di angkasa


terbang aku terbang
berkicau berlagu riang

menikmati panorama alam

menceriakan suasana

bebas berkhidmat pada kurniaan tuhan

Saturday, August 7, 2010

lirik untuk iluvislam


Ruang telah dicipta
menerobosi sempadan dunia
meresap segenap alam
i luv islam

Menyebarkan tarbiah
berkongsi ilmiah
menyuburkan mahabbah
hanya kerana lillahitaala

Bagaikan pelangi
menghiasi kehidupan
sudut mentranfomasi diri
menegakkan keadilan

Maya satukan ukhwah
menyeru nama Allah
assunnah menjadi wadah
membangkitkan fisabilillah

Di sini melahir insani
berwajah firdausi
betah dengan cabaran
istiqamah berwawasan


*(pertandingan mencipta lirik lagu untuk iluvislam tp x terpilih)

Friday, July 30, 2010

cermin pada manusia


rupa mu menggerunkan
warna mu menakutkan
bunyi mu menggentarkan

teringat aku masa dulu
bunyi mu memberi amaran
menangkap memakan anak ayam

tidak ku sangka
kini kau menjadi cermin
cermin kepada sikap manusia

terkenang aku masa kecil
aku bercerita tentang engkau
kisah engkau minum air dalam botol

hinggap engkau pada rimbunan sampah
kehadiran engkau membuka cerita
cerita manusia yang alpa

suara engkau gegak gempita
engkaulah seekor gagak
gagak yang gelap gelita

Wednesday, July 28, 2010

duhai gadis



insan terlupa
dunia ini sementara
deras arus dunia
menghanyutkan yang terleka
indah fatamorgana
melalai kan menipu daya

sentiasa bersama mu
dia ada di samping
engkau dalam gelap
dia lah cahaya

aku di sisi mu
setapak kau di hadapan
selangkah aku di belakang
sedetik hati mengingati Nya
berlari dia pada mu
engkau tidak keseorangan

pulang lah pada tuhan
cahaya kehidupan
keimanan ketakwaan kepada Nya
senjata utama

sabar menempuh jalan
tetapkan iman dihati
di gunung di lembah
di darat di air
siapa pun hamba
keikhlasan doa
keagungan kasih
merubah takdir

-komen terbaik di utube =)-


ilham dari
hijjaz ==> fatamorgana
uk's ==> bila diri disayangi

Tuesday, July 27, 2010

teman

aku akan kembali

teman
bukan aku membawa diri
kisah itu
menjadi sempadan
aku masih di sini
biar ku titipkan
keperihan pelayaran
ingin ku buktikan
keyakinan dalam diri
ku punya atma nan juang
untuk ku miliki
sepenuhnya
sakinah

gubahan dari xpdc ==> aku masih di sini


Sunday, July 25, 2010

di pagi subuh 25 julai 2010


di lorong-lorong samar cahaya
di kala hati meruntun sepi
di kesyahduan itu
di panjat doa mengadu pada yang Esa

menyata ketelanjuran
memohan bertemankan diri ini
meyakini sentiasa bersama

di keheningan pagi
bersimpuh
mengadap
dengan menunduk mengakui

hanya beralas kain
untuk bersih dari yang Suci

dikain itu
menjadi saksi penghambaan
mengetahui diperguna

di kala terbit fajar
di kala warna
menampakkan indahnya
terus bersama burung
berkicau
menempuh
hari yang gembira

bermula satu
penerbangan baru

Saturday, July 24, 2010

Bila diri merasa hebat


Rasa hebat meresap dalam
Terkesan pada indahnya alam
Sungguh menguja hijau buana
Langit biru sebuah saujana

Hey.. lihat itu awan berarak
Semua terpegun bak dipukau
Marilah kita menangkap kenangan
Ingin ditunjuk generasi kemudian

Apa lagi mahu dikata
Sebuah gambar dengan seribu cerita
Apa lagi mahu dikata
Rasa hebat pada sang pencipta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...