THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 19, 2010

Facebook MLM

- 26 november 2007-


300 juta umat
bertumpu pada yang satu
bagai diberi dadah
dadah buatan yahudi

melalaikan bagi yang alpa
dibodoh kan bagi yang leka
banyak memberi keuntungan
keuntungan segenap dosa

aku bukan yang anti
cuma berpesan diri ku nanti
untuk mengaut
mengaut dari keberuntungan

kita jangan jadi mangsa
mangsa konspirasi zionis
kita harus bijak
bijak manipulasi ideologi

kumpul kan pahala
pahala dari like
sebar kan ukhwah
ukhwah dari tags

Monday, August 16, 2010

Piala Dunia Piala Akhirat

dikala malam
bersengkang mata
riuh di sana sini
menikmati sorakan
yang datang hanya
4 tahun sekali

bahang di rasa
menyelinap pelusuk dunia
membangkit keghairahan
membara keterujaan

demam yang di nanti
bukan keinginan mati
buat pada yang kaki
mc akan pasti

dikala malam
meninggal empuk tilam
tangisan membasahi pipi
ramadhan menginsafi diri

di kedinginan embun pagi
membasuhi diri
tenggelam meruntun hati
lemah lutut berdiri
di bawah kebesaran ilahi

sunyi sepi
bagi insan tenggelam dalam mimpi
tiada lagi
jeritan kerancakan sepakan
tapi kini
mencari ketenangan
bagi insan berjaga malam

Saturday, August 14, 2010

terbang aku terbang



terbang burung terbang

aku ingin terbang

melebar sayap

meluncur di angkasa


terbang aku terbang
berkicau berlagu riang

menikmati panorama alam

menceriakan suasana

bebas berkhidmat pada kurniaan tuhan

Saturday, August 7, 2010

lirik untuk iluvislam


Ruang telah dicipta
menerobosi sempadan dunia
meresap segenap alam
i luv islam

Menyebarkan tarbiah
berkongsi ilmiah
menyuburkan mahabbah
hanya kerana lillahitaala

Bagaikan pelangi
menghiasi kehidupan
sudut mentranfomasi diri
menegakkan keadilan

Maya satukan ukhwah
menyeru nama Allah
assunnah menjadi wadah
membangkitkan fisabilillah

Di sini melahir insani
berwajah firdausi
betah dengan cabaran
istiqamah berwawasan


*(pertandingan mencipta lirik lagu untuk iluvislam tp x terpilih)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...