THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, December 7, 2011

Aku ingin pulang



Ke mana pun aku pergi
Bayang-banyang-mu mengejar
Bersembunyi di mana pun
Slalu engkau temukan
Aku merasa letih
Dan ingin sendiri

Ku tanya pada siapa
Tak ada yang menjawab
Sebab semua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang
Dalam kesunyian

Aku mencari jawaban di laut
Ku seret langkah
Menyusuri pantai
Aku merasa
Mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan pertualangan
du du du du du du du...

Ke mana pun aku pergi
Slalu ku bawa-bawa
Perasaan yang bersalah
Datang menghantui ku

Masih mungkinkah
Pintu-mu ku buka
Dengan kunci
Yang pernah ku patahkan

Lihatlah
Aku terkapar dan luka
Dengarkanlah
Jeritan dari dalam jiwa

Aku ingin pulang
Aku harus pulang
Aku ingin pulang
Aku harus pulang

Sunday, December 4, 2011

Morning sunrise

Friday, December 2, 2011

Biru Langit

Monday, November 28, 2011

Jernih



Monday, November 21, 2011

Kala senja

Wednesday, November 9, 2011

senyuman angkasa

02/12/2008

Tuesday, November 8, 2011

Mega Aidiladha



Sunday, November 6, 2011

Limpahan Rahmat

Friday, November 4, 2011

Sebelum dan Selepas

-sebelum-


-selepas-


Saturday, October 29, 2011

Model Terlampau

Sunday, October 16, 2011

Apa Sebenarnya

Berlegar-legar dalam hayalan
Kaku renda kata
Kejang dalam fi'li
Qauli tak terlafaz
Hanya melayani qalbi berkata-kata

-0407am161011-

Saturday, October 15, 2011

black date 09


2
tahun
berlalu
yang merubah
sudut pandang maya

Friday, October 14, 2011

Road to 45 days




Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Saturday, September 10, 2011

Terkesima


Apakah dia umpama
Bulan yang dipuja di kejauhan
Oleh sang sasterawan
Tetapi botak dan berkelopak di mata
Seorang angkasawan

Thursday, September 8, 2011

Mengertilah hai umara


Seorang yang bergelar penguasa
dalam riwayatnya ingin berbakti
kepada rakyat jelata

Tatkala meluncur gagah
Melewati sebuah basikal tua
Segak bergaya kacak tampan
Di sisi warga tua lanjut usia

Andai kata saya memberi
1 ekar tanah, 1 ekar tanah dan 1 ekar tanah lagi
Berapa ekar tanah yang kamu dapat hai orang tua
4 ekar tanah dijawab dengan gembira si tua
Penguasa.....

Andai kata saya memberi
1 bmw, 1 mercedes dan 1 ferari
Berapa kereta yang kamu ada hai orang tua
3 kereta dijawab dengan gembira si tua
Penguasa.....

Saya akan memberi jumlah tanah ini
Jika kamu dapat jawab dengan betul
1 ekar tanah, 1 ekar tanah dan 1 ekar tanah lagi
Berapa ekar tanah yang kamu akan dapat
Agak lama si tua untuk menjawab seolah tidak percaya
7 jawab pendek si tua
Penguasa hanya tersenyum
Salah jawapan kamu orang tua

Mengapa salah
Bukahkah tadi tuan memberi 3 ekar tanah
Kemudian 3 ekar tanah lagi
Saya ada 1 ekar tanah
Jawab si tua

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengertilah hai umara
Fahamilah dengan matahati
Bukan sekadar literalisasi
yang sudah dijangka

Tuesday, August 23, 2011

Post lama yang di update

Post lama takde video
Ni ade video baek
layann...
=)

Saturday, August 13, 2011

Mini Legasi dilancarkan



Semua dijemput ke SINI bagi mengimarahkan majlis hhe
setakat ni baru ada satu je post
akan di update dari masa ke masa

Berkenaan jati diri blog baru ni
ia dikhususkan dalam berkongsi
khazanah yang telah dicari, dijumpai dan diberi

semoga bermanfaat untuk semua

Thursday, August 11, 2011

Musim bunga kerohanian



Dalam meniti ketamadunan jahilyyah
Astaghfirullahalazim
Memohon ampun kepada Allah yang maha agung
Masih diberi ar-rahim
Merayakan musim bunga ini
Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah

Dalam melalui bulan-bulan kemudharatan
Selepas peristiwa 15 oktober
Sesungguhnya kian lama di alur kemudharatan
Sedang engkaulah sahaja yang maha mengasihi
Dari segala yang mengasihani

Dengan zat al-basir tempat tinggal
Mengetahui zahir dan batin
Sesungguhnya telah dipulangkan
Secebis nikmat-Mu
Maka gantikanlah dengan yang lain

Saat hari syak tenggelam pergi
Telah dipertemukan lagi
Musim bunga ini
Dalam kirmizi senja syaaban terakhir
iktikaf
Yang tidak pernah menduga
Meyakini
Jangan lemah pada sangkaan manusia

awal ramadhan 1432H

Monday, July 11, 2011

Biarlah pemerintah yang menjawab nanti

pengasingan



Bersih
Suci dari kotoran
Suci dari hadas
Suci dari bau warna dan rasa
Mudah saja dari falsafah

Bersih 2.0
Versi baharu yang kompleks
Pada era tanpa sempadan
Dunia yang sama rata
Keadilan melangkaui saksama
Tiada lagi penerimaan

Pemerintah yang angkuh
Masih berkuasa
Hairan?
Hakikat majoriti undian
Undian yang kotor?
Biarlah yang Maha Kuasa hakimi

Kedamaian penuh ketenangan
Usahlah meniup bara
Kelak ia membakar
Patuhilah kepada yang di gelar 'ulul amri'
Adapun itu lebih sentosa

Di 'sana' nanti
Akan lebih adil dan bersih
Akan terjawab di 'sana'
Belum masanya menentang
Kerna masih ada lagi demokrasinya
Belum pun menjadi kuku besi
Belum...

Nak tunggu sampai menjadi?
Jadi kuku besi?
Tidak..
Kukunya tidaklah tajam
Sudah pun hilang beberapa negeri

Sebesar-besarnya ruang terbentang
Semuanya boleh bersuara
Jerit?
Jeritlah bagi satu dunia dengar
Sedangkan berbisik pun dunia boleh tahu
Tapi mengapa di jalanan

Sebesar-besarnya ruang terbentang
Semuanya boleh bersuara
Jerit?
Jeritlah bagi satu dunia dengar
Sedangkan berbisik pun dunia boleh tahu
Tapi di jalanan juga!!!

Sesungguhnya aku tidak merestui
Kedamaian aku ada di situ

Pemerintah yang angkuh
Masih berkuasa
Hairan?

Biarlah pemerintah yang menjawab nanti..

Saturday, July 2, 2011

Second of July


tiada ucapan yang terindah
dengan harapan kau telah mengerti

Monday, June 27, 2011

Hamba ini




Wahai tuhan
Tuhan sekalian alam
Tiada tuhan selain engkau
Muhammad pesuruh-Mu
Dan hamba ini
Hanya lah seorang hamba

Memohon
Dalam meneruskan kelangsungan
Melapangkan kurniaan
Murahkan wahai tuhan yang pemurah

Jika kurniaan-Mu di langit
kau jatuhkan lah
Jika kurniaan-Mu di bumi
kau keluarkan lah
Jika kurniaan-Mu di laut
kau timbulkan lah
Jika kurniaan-Mu di gunung
kau turunkan lah
Jika kurniaan-Mu jauh
kau dekatkan lah
Jika kurniaan-Mu dekat
kau permudahkan lah
Jika kurniaan-Mu sikit
kau perbanyakkan lah
Jika kurniaan-Mu banyak
kau jadikan lah hamba ini insan yang paling banyak bersyukur

Wahai tuhan
Cukupkan lah hamba ini
Dalam pemberian-Mu
Cukupkan lah hamba ini
Hanya pada-Mu tempat meminta

Akan hamba ini terus mengetuk pintu-Mu
Kerna
Hamba ini hanya lah hamba-Mu

Monday, June 20, 2011

igauan


pagi ini
hujan mencurah ke bumi
mata meliau mencari hambatan cahaya
yang masih tegang untuk dilelapkan

tiada kesayuan
tiada ke-emoan
tiada...

tapi
hujan pagi ini
seolah menggesa mencari erti
ligat menggambar
dan
yang kembali...
2008

bukan masanya
itu menjelma

-----------
peralihan

tiba-tiba
kamal atartuk melenyapkan semua
(sesekali tidak)

berakhir
---------

Bagaimana mungkin jiwa yang penuh tauhid sudi menjadi hamba kepada raja dan penguasa. Terlalu banyak gambar orang besar lambang feudalisme yg tebal..
-Dr.maza-

Wednesday, June 15, 2011

Menjual Peti Ais Kepada Orang Eskimo


Fatihah
Dulu kau pernah mengajar aku erti ini
Dan kini
Aku lebih mengerti

-menjual peti ais kepada orang eskimo-

Friday, June 10, 2011

Kontra



Kontra
Tergambar dari sifat yang bukan hakiki
Kontra
Refleks di luar anggapan

Kadang kala
Dalam sibuk mencari kasih manusia
Tuhan mencipta kontra
Untuk hambanya menilai semula
Sifat kasih dan sayang

Monday, May 30, 2011

Seruling Senja


Sunday, May 29, 2011

Tatkala Sinar Pagi 29 Mei 2011


Satu hari
Itu yang terjadi
Hari ini
Difikir kembali

Untuk esok

Satu hari
Hari ini
Inilah kehidupan

Tuesday, May 17, 2011

Ini Nasihat Ni Bukan Mengata ==> S.M Salim



Dapat je jodoh
Saya mahu cepat-cepat kawen
Hahaa...
Siapa Mau jadi jodoh saya?
Wahh!! :)

Sunday, May 15, 2011

Sebelum Dan Pasca Baligh


Tika gelapnya malam
Hanya ditemani unggas rimba
Memori usang datang berlegar
Terngiang-ngiang diminda
Alam anak-anak telah mengukir senyuman
Yang datang tanpa diduga

Bukan itu diharap
Di daerah sebegini
Kehadiran di sini
Dikala berhati walang
Untuk lari dari kepuraan
Kepuraan melihat mahligai
Yang dibina teman

Ada signifikannya
Mengapa alam sebelum baligh
Menggamit-gamit
Senada suara fauna

Sahabat
Ucapan selamat ditujukan
Dalam meneroka
Alam yang baru

Saturday, May 14, 2011

Mei yang ke-23

Di Atas Batu Ini

Merenung angka 23
merasakan sudah cukup banyak
untuk membandingkan
apa yang ada

Menilaikan diri
merasakan terlalu sedikit
untuk membandingkan
angka 23

Menilaikan diri
dan
Merenung angka 23

Apa keperluan
dan
Apa perlu dilakukan

Soalan dan persoalan
yang muncul
bila

Bila mei datang lagi..

Wednesday, May 11, 2011

Sekadar Perkongsian Dari Gazel



Setiap pagi di Afrika, seekor gazel akan terjaga dari tidurnya.

Ia tahu, ia harus berlari lebih laju daripada singa yang paling pantas jika tidak mahu terbunuh.

Setiap pagi seekor singa akan terjaga dari tidurnya.

Ia tahu ia perlu mengejar gazel agar tidak mati kelaparan.

Sama ada anda gazel atau singa, itu tidak penting.

Sebaik sahaja matahari terbit, lebih baik anda berlari.




Cebisan: Dunia Sama Rata (The World Is Flat) oleh Thomas L. Friedman

Monday, April 25, 2011

Jelita


Jelita..

sukar tuk melihat bibir mekarmu mengukir senyuman,

Terpesona..

detik jiwaku pabila terpandang seraut wajah,

ku masih menanti dan terus menanti,

hati tertunggu dan terus menunggu,

kerana jelita dan pesona,

ku bersabar untuk menatap wajah secangkir

senyuman...


*Puisi cinta lama
**Ahad 29 Mac 2009

Wednesday, April 20, 2011

Bukan Sekadar Seloka



Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali

Melayu masyhur serata alam
Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira

Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa

Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak direnang

Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang

Jika diperhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang

Kekayaan hendak diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Disulami syair termasyhur
Usahlah berdengkur

Kita jua yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur-menegur

la la la la...

Kulitnya bersih hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih

Kulitnya bersih hati pun bersih
Memikul belati tiada memilih

Jadikan besih hati pun bersih
Berkata benar bermulut fasih

Jadikan besih hati pun bersih
Dialah khazanah pintu terpilih

aa aa aa aa..

Awak yang payah membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ibarat yahudi menawan Amerika
Seperti komunis menjajah temasik
Erti apa bangga merdeka
Jajahan lama masih bersisik

==>Riwayat tanah melayu<==

Saturday, April 16, 2011

Pergi


Jujurnya hati mungkin disalah erti
Tulusnya budi sukar untuk difahami
Jatuhnya mutiara jernih
Walau ego melingkari

Apa yang dinanti
Hanya jawapan pada soalan
Belum usai terungkap
Hakikat dan kepastian

Ada rahmatnya jujur walau tanpa kerelaan
Jangan dirantai hati yang digelangi kasih
Bukalah cerita nyata
Agar dapat ku lepas dan pergi

Tuesday, April 12, 2011

Di Luar Kemampuanku



Tika senja melabuhkan layarnya
Terpancarlah warna keemasan
Dapat aku bayangkan jika engkau ada
Pasti suasana kan lebih bermakna

Sayangnya terputus tali janji
Suatu waktu kukuh termetri
Katamu kasih sayang tak bererti
Tidak menjaminkan untuk esok hari

Ku cermin diri ini
Terteralah kedaifan yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan yang panjang
Menyesali kemiskinan aku ini

Ku mampu petik bintang di langit
Ku mampu bina jambatan pelangi
Ku mampu pertahankanmu
Walaupun lawan ku seribu

Itu hanya
Bisaku laksanakan
Bila mimpi mengundang kala malam

Hakikatnya yang ku ada
Satu jasad
Satu nyawa
Satu cinta

Tidakku salahkan dirimu
Kau berhak tentukan nasibmu
Kini aku menggenggam satu azam
Melempar hayalan bentuk kehidupan

Wednesday, April 6, 2011

La Tahzan

lonjakkan lah diri mu


Jangan Menangis
Dugaan ini hanya menguji keimanan
Sakit ini akan menghapuskan dosa
Gelisah ini mengingatkan kembali kepada-Nya

Jangan bersedih
Hidup ini bukan untuk diratapi
Hidup ini perlu dinikmati
Hidup ini bukan untuk dikesali
Hidup ini perlu disyukuri

Jangan rosakkan diri
Senyum penawar duka
Sihat itu syurga dunia
Bahagia itu cerminan jiwa

Friday, April 1, 2011

Bicara Orang Lama



Ayah
Harus bagaimana
Sebumbung, tidak bersama
Berkasih, rindu setahun
Seibu sebapa
Tapi tidak sekata

Anak
Dengar ini cerita
Cerita dari tanah arab

Satu bahasa
Satu bangsa
Satu Agama
Malang
Retak berpuak
Terbelah berkabilah

Tiada sepakat
Walau
Satu umat

Anak
Air dicincang
Tidak akan putus

Saturday, March 26, 2011

Bila Tikanya Nanti


Merajuknya hati kadangkala menyeksakan diri
Tapi bagaimana tiada yang mengerti
Pahit yang ditelan
Agar itu menjadi penawarnya
.
Senyuman yang tawar ini
Cerminan pantulan hati
Yang begitu sukar engkau mengerti
.
Perlukah aku membawa engkau
Menyusuri spektrum cahaya
Sedangkan aku masih mencari
Di mana kakinya pelangi
Dengan dendangan
Di situlah perigi emas
.
Diri ini bukan pedagang cinta
Yang menjanjikan
Belayar di lautan luas
Menikmati keemasan
Indahnya senja melabuhkan layar
.
Aku tinggalkan engkau
Bila badai ini melanda
Pergilah engkau cari tempat berteduh
Yang melindungi engkau dari kedinginan
Yang menghangatkan asmara
Biarlah aku melayari gelora ini
Dengan seribu persoalan aku tinggalkan
.
Andai suatu hari dikau mengerti
Kenangilah apa yang membuatkan aku sebegitu
Dan pada tika itu
Tidakkah engkau sayangku lagi

Sunday, March 20, 2011

Hujan di Kuala Lumpur

Suatu petang hujan di Kuala Lumpur
Sudut pandang asing senario
Kerna asingnya
Janggal merasai beda

Rona kehidupan berpusu-pusu
Ketaranya
Damai di desa

Bila langit menurunkan kandungnya
Warganya
Menjadi sesak dengan tiba-tiba
Bagai
Merebut jatuhnya mutiara

Ketaranya di desa
Semuanya terhenti
Ibarat
Membuang masa

-Sambungan Versi Berkelana-

Monday, March 14, 2011

Ingatan Untuk 14 Mac


14 Mac
Ucapan selamat
Ditujukan
Sebagai tanda
Akal yang segar
Yang sentiasa
Kekal diminda

18 tahun
Kehidupan yang bersatu
Dari berjuta sperma
Merebut ovum yang satu

18 tahun
Kehidupan yang dilalui
Penuh warna-warni
Hitam dan putih

14 Mac
Janganlah leka
Dalam gembira
Ia sentiasa bertambah
Tidak pernah berkurang
Ia terus meningkat
Sesekali
Tidak pernah menurun

Friday, March 11, 2011

Kembang Terhalang


Resah gelisah
Jiwa meronta-ronta
Minda meminta-minta

Dana yang minima
Menyekat keinginan
Yang tak keruan

Apa yang ada
Hanya dengan kata-kata
Kian hebat tertanya-tanya

Hasrat hati ingin memiliki
Bukan jongkong berkati-kati
Hanya helaian menjadi isi

Hasrat hati ingin mengetahui
Apa yang tersembunyi
Apa yang beerti

Tentang karya itu
Katanya membuka rahsia
Adakah itu hakikatnya

Lantaran

Sebuah rasa
Yang terhalang
Menjadi inkuiri
Yang tidak tertahan

Tuesday, March 8, 2011

Bahasa Kita Melayu

Melayu kita katanya berlapik
Melayu kita tegurnya molek
Melayu kita bicaranya cerdik

Melayu kita sopan budayanya
Melayu kita indah bahasanya
Melayu kita murah budinya

Tapi awas!
Melayu kita kental bersabar!!
Melayu kita pantang dicabar!!!

Renungan untuk
**http://darulehsantoday.blogspot.com**

Friday, March 4, 2011

Erti Sebuah Harapan

Aku dikhabar
Kau akan berlayar
Membawa juga sepasang memori
Dan langit menjadi mendung
Dan angin meniup kencang
Membawa kau terbang jauh

Pemergianmu
Engkau telah memberi harapan
Yang membuatkan aku
Membatu di tepian pantai

Seluas lautan ini
Kata-katamu aku selami
Mencari mutiara
Yang sukar ditemui

Bila aku terdampar
Aku baru menyedari telah dihanyutkan
Aku lemas dalam hayalan
Dan mutiara itu
Sebenarnya tiada

Tuesday, March 1, 2011

Apa Sudah Jadi


Apa sudah jadi?
Biasalah

Apa sudah jadi?
Beginilah

Apa sudah jadi?
Sibuklah

Apa sudah jadi?
Apa sudah jadi?

Apa sudah jadi?
Entahlah

Apa sudah jadi??
Ada aku kisah!!!

Monday, February 28, 2011

Angin Januari Tiba Lagi

Hembusan lembut sesekali keras
Menguraikan helaian tersisir rapi

Pohon rendang melambai-lambai
Lanskap sebuah desa permai

Hangat mentari bersulam deruan
Keringat bermandian kering ketiupan

Dari sebuah pondok usang
Nun jauh terlihat layang-layang

Termangu di pondok usang
Terlihat kanak-kanak berlari riang

Terpejam lena dibuai lamunan
Menggamit sebuah kenangan silam

Bila gemeresik bayu menyapa diri
Menyedarkan aku
Angin Januari telah tiba lagi

Wednesday, February 23, 2011

Lagu Untuk Atiqah

-Nurul Atiqah Binti Datuk Alias-

Berjalan aku di bumi ini
Melayari kehidupan onak yang berduri
Ku semai kasih
Ku genggam janji
Indahnya bercinta
Hangatnya asmara
Aku bahagia

Itu semua
Suatu masa dulu
Masa telah berlalu
Aku jadi rindu

Sampai bila
Oh mengapa
Perhubungan kita
Memang ada jurangnya

Oh Atiqah
Kau di mana
Andai satu hari
Engkau kembali
Aku di sini

Sampai bila
Oh mengapa
Perhubungan kita
Memang ada penghalangnya

Oh Atiqah
Kau di mana
Ku terima suratan takdir
Andai engkau pergi
Tak kembali

Berjalan aku di bumi ini
Melayari kehidupan ranjau yang berduri
Aku pasrah
Aku redha
Aku berserah
Dengan ketentuan-Nya

Tuesday, February 22, 2011

Versi Berkelana -bahagian 1-


Ya Allah
Pimpinlah aku dalam penghijrahan ini

Ya Tuhan
Aku memohon petunjukMu
Berilah aku kekuatan dan keyakinan

Ya Allah
Berilah aku kekuatan, keupayaan, kemudahan dalam perubahan ku ini
Ya Allah
Ya Allah tuhan yang mempunyai segala kekuasaan
Semuanya dalam genggamanMu
Berilah aku keredahaan dalam apa yang engkau tentukan
Berilah aku kekuatan dalam usahaku
Ya Tuhan yang Agung

12-12-10
9 pm
Menuju ke Kuala Lumpur

Monday, February 21, 2011

Wira Yang Didendang


Jangan ditanya mengapa!
Mengapa jangan ditanya?
Usah ditanya ikut sahaja!
Bolehkah begitu sahaja?

Baru tahu begitu rupanya
Patutlah tidak boleh ditanya
Kini semua orang tahu
Sudah pun dibuku

Bacalah jika mahu tahu
Kajilah jika tidak pasti
Jangan pula dibuat tak tahu
Bendanya boleh diteliti

Jika dulu orang takut menegur ketua
Katanya setia didamba
Bukan mengampu bukan memuja
cuma kroni sahaja

Walaubagaimanapun
Kita rasa berbangga
Di atas jasa kepada negara
Megah di Persada antarabangsa

Harum nama segenap alam
Menjadi ikon masyarakat Islam
Disebut pemimpin ulung
Telah pun diwarta bangsa pendorong

Sekarang boleh kita bertanya?
Tanyalah apa sahaja..
Bolehkah kita bersuara?
Boleh.. dunia sudah pun berubah!

Sunday, February 20, 2011

Peristiwa Di Hadapan Tiang


Tiang itu di hadapan
Fikiran menjadi terkebelakang
Tubuh masih tercegat di situ
Kenangan melayang-layang
Bagai serentang kain di hujung tiang itu

Sudah lama tidak sebegini
Melakonkan semula
Apa yang pernah terjadi
Berdiri tegak
Tangan di sisi
Mengalunkan lagu
Yang menjadi identiti

Antara 1994 dan 2000
Antara 2001 dan 2005
Itulah tahun-tahun
Gedung ilmu

Antara 2006 dan 2009
Ketika di gudang kajian
Tidak sekonsisten
Seperti gedung ilmu

Antara 2009 dan 2010
Berada di alam baru
Meninggalkan dunia penuntutan
Meninggalkan juga amalan negarawan

Kini 2011
Berkira-kira
Berapa agaknya
Figure ini telah dilakukan
Sejak meninggalkan gedung dan gudang itu

Saturday, February 19, 2011

Di Balik Mentari Jingga Itu


Merenung jauh ke pantai
Keasyikan membuai hayalan
Hanyut dalam irama seruling
Terurai sudah benang ikatan

Sinar mentari masih lagi memancar
Memberi pengertian sebuah harapan
Di sebalik mentari jingga itu
Ada panorama untuk dihayati

Friday, February 18, 2011

Bangsaku Melayu



Lee Kuan Yew pernah berkata
"Matahari masih berwarna hijau" (chedet.co.cc)--(utusan)
Menggesa penduduk Islam negaranya
Kurangkan patuh pada agama
(Bukunya: Hard Truths To Keep Singapore Going)

Aliran seangkatannya di Malaysia
Dengan bersuara bising
Siapa lagi kalau bukan Karpal Singh
"Langkah mayat saya dulu jika ingin menjadikan Malaysia negara Islam" (keratan akhbar)
Kalimat yang tak akan dilupa dan dipadam

Oh...melayu mudah lupa
Sibuk dengan kronisme, nepotisme dan korupnya
(Buku: Warisan Ekonomi Mahathir)

Nasib Melayu di Bumi Melayu
Luahan hati mualaf kontrovesi
(Buku: Nasib Melayu di Bumi Melayu)

Tak kan melayu hilang di dunia
Apa yang pasti
Temasik sudah lenyap di Nusantara

Di mana zaman kegemilangannya
Apakah masih bernyawa
Ini bukan persoalan utama
Sekadar ingatan kepada diriku
Agar tidak terus terlena

Saturday, January 15, 2011

Bila aku kembali bermaksud




Bila aku kembali berbicara
Melontarkan madah yang berbunga-bunga
Aku menjadi seperti dahulu
Seperti yang pernah engkau kenali

Kini kataku lebih telus
Tanpa banyak kiasan
Namun maksudku sama seperti dulu
Maksud yang sendiri aku calarkan

Kini aku kembali bermaksud
Maksud yang aku anggap engkau mengerti
Walau engkau tidak dapat menerima...

**maafkan aku fatihah**

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...