THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, February 28, 2011

Angin Januari Tiba Lagi

Hembusan lembut sesekali keras
Menguraikan helaian tersisir rapi

Pohon rendang melambai-lambai
Lanskap sebuah desa permai

Hangat mentari bersulam deruan
Keringat bermandian kering ketiupan

Dari sebuah pondok usang
Nun jauh terlihat layang-layang

Termangu di pondok usang
Terlihat kanak-kanak berlari riang

Terpejam lena dibuai lamunan
Menggamit sebuah kenangan silam

Bila gemeresik bayu menyapa diri
Menyedarkan aku
Angin Januari telah tiba lagi

Wednesday, February 23, 2011

Lagu Untuk Atiqah

-Nurul Atiqah Binti Datuk Alias-

Berjalan aku di bumi ini
Melayari kehidupan onak yang berduri
Ku semai kasih
Ku genggam janji
Indahnya bercinta
Hangatnya asmara
Aku bahagia

Itu semua
Suatu masa dulu
Masa telah berlalu
Aku jadi rindu

Sampai bila
Oh mengapa
Perhubungan kita
Memang ada jurangnya

Oh Atiqah
Kau di mana
Andai satu hari
Engkau kembali
Aku di sini

Sampai bila
Oh mengapa
Perhubungan kita
Memang ada penghalangnya

Oh Atiqah
Kau di mana
Ku terima suratan takdir
Andai engkau pergi
Tak kembali

Berjalan aku di bumi ini
Melayari kehidupan ranjau yang berduri
Aku pasrah
Aku redha
Aku berserah
Dengan ketentuan-Nya

Tuesday, February 22, 2011

Versi Berkelana -bahagian 1-


Ya Allah
Pimpinlah aku dalam penghijrahan ini

Ya Tuhan
Aku memohon petunjukMu
Berilah aku kekuatan dan keyakinan

Ya Allah
Berilah aku kekuatan, keupayaan, kemudahan dalam perubahan ku ini
Ya Allah
Ya Allah tuhan yang mempunyai segala kekuasaan
Semuanya dalam genggamanMu
Berilah aku keredahaan dalam apa yang engkau tentukan
Berilah aku kekuatan dalam usahaku
Ya Tuhan yang Agung

12-12-10
9 pm
Menuju ke Kuala Lumpur

Monday, February 21, 2011

Wira Yang Didendang


Jangan ditanya mengapa!
Mengapa jangan ditanya?
Usah ditanya ikut sahaja!
Bolehkah begitu sahaja?

Baru tahu begitu rupanya
Patutlah tidak boleh ditanya
Kini semua orang tahu
Sudah pun dibuku

Bacalah jika mahu tahu
Kajilah jika tidak pasti
Jangan pula dibuat tak tahu
Bendanya boleh diteliti

Jika dulu orang takut menegur ketua
Katanya setia didamba
Bukan mengampu bukan memuja
cuma kroni sahaja

Walaubagaimanapun
Kita rasa berbangga
Di atas jasa kepada negara
Megah di Persada antarabangsa

Harum nama segenap alam
Menjadi ikon masyarakat Islam
Disebut pemimpin ulung
Telah pun diwarta bangsa pendorong

Sekarang boleh kita bertanya?
Tanyalah apa sahaja..
Bolehkah kita bersuara?
Boleh.. dunia sudah pun berubah!

Sunday, February 20, 2011

Peristiwa Di Hadapan Tiang


Tiang itu di hadapan
Fikiran menjadi terkebelakang
Tubuh masih tercegat di situ
Kenangan melayang-layang
Bagai serentang kain di hujung tiang itu

Sudah lama tidak sebegini
Melakonkan semula
Apa yang pernah terjadi
Berdiri tegak
Tangan di sisi
Mengalunkan lagu
Yang menjadi identiti

Antara 1994 dan 2000
Antara 2001 dan 2005
Itulah tahun-tahun
Gedung ilmu

Antara 2006 dan 2009
Ketika di gudang kajian
Tidak sekonsisten
Seperti gedung ilmu

Antara 2009 dan 2010
Berada di alam baru
Meninggalkan dunia penuntutan
Meninggalkan juga amalan negarawan

Kini 2011
Berkira-kira
Berapa agaknya
Figure ini telah dilakukan
Sejak meninggalkan gedung dan gudang itu

Saturday, February 19, 2011

Di Balik Mentari Jingga Itu


Merenung jauh ke pantai
Keasyikan membuai hayalan
Hanyut dalam irama seruling
Terurai sudah benang ikatan

Sinar mentari masih lagi memancar
Memberi pengertian sebuah harapan
Di sebalik mentari jingga itu
Ada panorama untuk dihayati

Friday, February 18, 2011

Bangsaku Melayu



Lee Kuan Yew pernah berkata
"Matahari masih berwarna hijau" (chedet.co.cc)--(utusan)
Menggesa penduduk Islam negaranya
Kurangkan patuh pada agama
(Bukunya: Hard Truths To Keep Singapore Going)

Aliran seangkatannya di Malaysia
Dengan bersuara bising
Siapa lagi kalau bukan Karpal Singh
"Langkah mayat saya dulu jika ingin menjadikan Malaysia negara Islam" (keratan akhbar)
Kalimat yang tak akan dilupa dan dipadam

Oh...melayu mudah lupa
Sibuk dengan kronisme, nepotisme dan korupnya
(Buku: Warisan Ekonomi Mahathir)

Nasib Melayu di Bumi Melayu
Luahan hati mualaf kontrovesi
(Buku: Nasib Melayu di Bumi Melayu)

Tak kan melayu hilang di dunia
Apa yang pasti
Temasik sudah lenyap di Nusantara

Di mana zaman kegemilangannya
Apakah masih bernyawa
Ini bukan persoalan utama
Sekadar ingatan kepada diriku
Agar tidak terus terlena

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...