THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, February 21, 2011

Wira Yang Didendang


Jangan ditanya mengapa!
Mengapa jangan ditanya?
Usah ditanya ikut sahaja!
Bolehkah begitu sahaja?

Baru tahu begitu rupanya
Patutlah tidak boleh ditanya
Kini semua orang tahu
Sudah pun dibuku

Bacalah jika mahu tahu
Kajilah jika tidak pasti
Jangan pula dibuat tak tahu
Bendanya boleh diteliti

Jika dulu orang takut menegur ketua
Katanya setia didamba
Bukan mengampu bukan memuja
cuma kroni sahaja

Walaubagaimanapun
Kita rasa berbangga
Di atas jasa kepada negara
Megah di Persada antarabangsa

Harum nama segenap alam
Menjadi ikon masyarakat Islam
Disebut pemimpin ulung
Telah pun diwarta bangsa pendorong

Sekarang boleh kita bertanya?
Tanyalah apa sahaja..
Bolehkah kita bersuara?
Boleh.. dunia sudah pun berubah!

1 mengomen-ngomen:

budakkilang said...

Warisan ekonomi, warisan hutang
demi mencapai puncak gemilang
kini dunia mula memandang
ada jasanya wajar dikenang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...