THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, June 27, 2011

Hamba ini




Wahai tuhan
Tuhan sekalian alam
Tiada tuhan selain engkau
Muhammad pesuruh-Mu
Dan hamba ini
Hanya lah seorang hamba

Memohon
Dalam meneruskan kelangsungan
Melapangkan kurniaan
Murahkan wahai tuhan yang pemurah

Jika kurniaan-Mu di langit
kau jatuhkan lah
Jika kurniaan-Mu di bumi
kau keluarkan lah
Jika kurniaan-Mu di laut
kau timbulkan lah
Jika kurniaan-Mu di gunung
kau turunkan lah
Jika kurniaan-Mu jauh
kau dekatkan lah
Jika kurniaan-Mu dekat
kau permudahkan lah
Jika kurniaan-Mu sikit
kau perbanyakkan lah
Jika kurniaan-Mu banyak
kau jadikan lah hamba ini insan yang paling banyak bersyukur

Wahai tuhan
Cukupkan lah hamba ini
Dalam pemberian-Mu
Cukupkan lah hamba ini
Hanya pada-Mu tempat meminta

Akan hamba ini terus mengetuk pintu-Mu
Kerna
Hamba ini hanya lah hamba-Mu

2 mengomen-ngomen:

Hans said...

nice entry
saya suka baca
penuh makna
:-)

salwaismail said...

salwa buat GA. jemput tuan blog tengok hadiah. kalau nak jadi sponsor, bagitau okay?
:)

http://salwaismail.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...