THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, October 15, 2012

Sebuah pandangan




 ||
 ||
 \/

Thursday, September 6, 2012

Kesinambungan

Di sana menanti di sini menunggu

kesinambungan

Pahit akan manis akhirnya

Apakah artinya?

Wednesday, August 15, 2012

Altitud kan diri

-bawaku terbang-


Kalau engkau jatuh
Jangan engkau lemah
Kerana
Hidup mengajar kita
Jangan cepat mengalah


Friday, August 10, 2012

Pohon di syurga

-dingin pagi-

Abu Sa'id al-Khudri melaporkan, Nabi Muhammad menerangkan, "Di dalam syurga ada sepohon pokok. Seorang penunggang kuda yang memecut laju di bawahnya selama 100 tahun pun tidak mampu merentasinya."
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Rujukan - Kitab Riyadus Solihin : Bab 372, nikmat dalam syurga, nombor 7

Wednesday, August 8, 2012

Kemaskini - plus video

flattening of the world

Tuesday, August 7, 2012

Uji minda

Balikkan itu bertajuk?

||
||
\/

Sunday, August 5, 2012

Ideal


Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa, kepada Engkau aku beriman dengan rezeki Engkau aku berbuka.

Friday, August 3, 2012

Aku bernafsu

Pluralisme Agama - satu gerakan iblis memurtadkan ummah


Nafsuku
pada manusia dua lubang
Tetapi tidak
pada lubang bunga


Monday, July 16, 2012

Jangan lupa lirik

-jangan lupa lirik-

123...
Dari timur ke barat
Semula
Timur ke barat
Terus menghitung

Pementasan ini
Ekspresi dilakon
Jangan lupa lirik

123...
Masih timur ke barat
Bila dari barat
Terhenti menghitung
Dihitung bermula

Friday, July 13, 2012

Dari gerigi kamar


Dari gerigi kamar
Gerimis dingin membuka hari
Mengharap rahmat sayyidul ayyam

Dari gerigi kamar
Menceritakan
Aku masih di pembaringan

Thursday, July 12, 2012

Manipulasi

manipulate by

  1. Haiwan apakah yang memakai coli?
  2. Semut apakah yang berpeluh?
  3. Haiwan apakah yang pemalas?
  4. Haiwan apakah yang rajin?
  5. Mengapa kuda pandai melompat?
semak jawapan di ruangan komen

Tuesday, July 10, 2012

Memburu entiti chemistry



Wahai khalifah-khalifah dua parti
Ketika kalian bertikam hujah
Jemaah ini kaku
Menanti senada
Dalam satu seruan

Melihat yang kafir serakah membolot
Rakus berkapitalis
Rezab kian dihakis
Tiada lagi jizyah untuk mereka

Meniti pertembungan ke-13
Dimanakah ahlus-sunnah ini
Ketika pasca nya nanti

Masih jauhkah lagi
Daulah islamiah di bumi bertuah ini
Ketika kesaksamaan tiada batasan



Sunday, July 8, 2012

Quran saintifik

Edisi 2012

Lokasi : Mini galeri rumah sendiri
Kamera : Sony DSC-T5
Tarikh : Ahad 8 Julai 2012 (03:22am)



Edisi 2007

Lokasi : Rumah sewa taman merlimau utara MU6
Kamera : Nokia 6600
Tarikh : Sabtu 17 November 2007 (04:11:12am)



by Dr. Danial Zainal Abidin

Thursday, July 5, 2012

Awas!!!


A044

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

(Al-Baqarah 2:44)

Monday, July 2, 2012

Ucapan yang terakhir buatmu

Saturday, June 16, 2012

Jangan menzalimi, Elak dizalimi



A047

Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".

( Al-A'raaf 7:47 )



A089

"Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada agama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim".

( Al-A'raaf 7:89 )



A126

"Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami". (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"

( Al-A'raaf 7:126 )

Thursday, June 7, 2012

Maaf


Ya Allah,
Permudahkan dan berilah kekuatan untuk aku meminta kemaafan ketika aku melakukan kesalahan.
Andai kata kesalahan dilakukan padaku lembutkan hatiku untuk memberi kemaafan.

A133

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;


A134

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;


Ali 'imran 133 dan 134

Thursday, May 31, 2012

Ucapkanlah

kenangan terindah


A162

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)

Monday, May 28, 2012

Al-'asr


A: Situasi?
a: Merenung

A: ?
a: Adakah membuang masa?

A: Bagaimana menyimpan masa
a: Gunakan bukan simpan

A: Masa itu emas, lagi disimpan lagi berharga
a: Masa adalah nyawa, jangan di sia-sia

A: ...
a: ?

A: Cuba mengerti
a: ?

A: Menggunakan bukan menyimpan

A = Bukan nama sebenar
a = Nama yang sebenar

Thursday, May 24, 2012

Sentap

Kau bukan nye bodoh. sume owg tau. mak bapak kau bukan xde harte. kau byk bende dlm idop. tp kau x tau nk idop

Sunday, May 20, 2012

Menjelang tahun ke-3


Mengukur menilai menganalisa bermetodologi
21-24 = 09-12
Segmen hitam putih berpelangi
Menjelang tahun ke-3

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita

..kan ku cari konklusi..

Monday, May 14, 2012

A night to remember


/\
||
||

who am i on May 14, 1988 without

||
||
\/

Saturday, April 14, 2012

Apa erti sejenak itu

A006

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).



Ketentuan yang sejenak itu
Membuatkan pencarian ini
Bagi menjelma semula
Detik yang tiba-tiba waktu itu

Mengapa kini tercari-cari
Tatkala ketika itu ia dampak dan realiti

Mengapa tidak difikirkan
ada jalinan yang lebih ukhwah
dari apa yang difikirkan waktu itu

Adakah kini perlu difikirkan
apa erti pertemuan itu
atau terima sahaja
ketentuan itu hanya sejenak
dan telah berlalu

Wednesday, March 28, 2012

Sekembalinya

Usah ditanya
Itu akan terjawab
Biarlah ia
Itu yang sebaik

Masa itu
Akan dicerita masa nanti
Masa nanti
Harapkan bersama


Monday, January 30, 2012

Semenjak kita dilahirkan

Silhouette by ~TheVoiceOfOpinion on deviantART

Hitam atau putih
Berwarna atau tidak
Berpelangi
Berseri atau kelam
Engkau mengadu
Aku berbahasa

Engkau berpersoalan
Mengapa langit tidak selalunya indah
dengar lagu ini lukisan alam
Mengapa perjalanan ini terlalu berat muatannya
baca ayat ini al-baqarah 2:286
Mengapa semua ini tidak adil tidak adil
mungkin karma tidak hakikat luh-mahfuz

Sejak bila elemen ini hadir
Sampai bila ia perlu hadir

Ia hadir permulaan mati kita
Bila permulaan mati kita?

Semenjak kita dilahirkan

Monday, January 9, 2012

Memahami erti kebebasan


Bebasnya Anwar dikatakan
Suburnya demokrasi
2 tahun perbicaraan
Lebih 60 kali penangguhan
Undang-undang dicabar
Pada tahap tertinggi
Anwar dibebaskan dari pertuduhan
Yang menyatakan
Bukti DNA tidak cukup untuk menyabitkan

-Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah-

Adakah sample DNA di usik?
Jika sample DNA di usik
Ia adalah satu konspirasi terhadap Anwar

Bagaimana jika sample DNA tidak di usik?
Mahkamah hanya 'tidak dapat memastikan 100% integriti sample tidak di usik'
Jika benar sample tidak di usik
Tertegakkah keadilan untuk pendakwa
Malangnya
'mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik'

Jika hubungan liwat itu berlaku
dan
'mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik'
Perundangan islam tidak mempunyai cara kah?


  • Persoalannya 'situasi meliwat' itu berlaku atau tidak. Bukan 'keputusan bersalah atau tidak'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...