THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, January 30, 2012

Semenjak kita dilahirkan

Silhouette by ~TheVoiceOfOpinion on deviantART

Hitam atau putih
Berwarna atau tidak
Berpelangi
Berseri atau kelam
Engkau mengadu
Aku berbahasa

Engkau berpersoalan
Mengapa langit tidak selalunya indah
dengar lagu ini lukisan alam
Mengapa perjalanan ini terlalu berat muatannya
baca ayat ini al-baqarah 2:286
Mengapa semua ini tidak adil tidak adil
mungkin karma tidak hakikat luh-mahfuz

Sejak bila elemen ini hadir
Sampai bila ia perlu hadir

Ia hadir permulaan mati kita
Bila permulaan mati kita?

Semenjak kita dilahirkan

Monday, January 9, 2012

Memahami erti kebebasan


Bebasnya Anwar dikatakan
Suburnya demokrasi
2 tahun perbicaraan
Lebih 60 kali penangguhan
Undang-undang dicabar
Pada tahap tertinggi
Anwar dibebaskan dari pertuduhan
Yang menyatakan
Bukti DNA tidak cukup untuk menyabitkan

-Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah-

Adakah sample DNA di usik?
Jika sample DNA di usik
Ia adalah satu konspirasi terhadap Anwar

Bagaimana jika sample DNA tidak di usik?
Mahkamah hanya 'tidak dapat memastikan 100% integriti sample tidak di usik'
Jika benar sample tidak di usik
Tertegakkah keadilan untuk pendakwa
Malangnya
'mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik'

Jika hubungan liwat itu berlaku
dan
'mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik'
Perundangan islam tidak mempunyai cara kah?


  • Persoalannya 'situasi meliwat' itu berlaku atau tidak. Bukan 'keputusan bersalah atau tidak'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...