Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu masyhur serata alam
Hidup mewah gagah sekali
Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira
Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa
Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak direnang
Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang
Jika diperhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang
Kekayaan hendak diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang
Disulami syair termasyhur
Usahlah berdengkur
Kita jua yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur-menegur
la la la la...
Kulitnya bersih hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hati pun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikan besih hati pun bersih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikan besih hati pun bersih
Dialah khazanah pintu terpilih
aa aa aa aa..
Awak yang payah membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ibarat yahudi menawan Amerika
Seperti komunis menjajah temasik
Erti apa bangga merdeka
Jajahan lama masih bersisik
==>Riwayat tanah melayu<==
8 mengomen-ngomen:
duka yang bukan lagi duka...
Apa maksudnya tu..
dalam sungguh maksud tersirat..:)
i love this (:
bila riak singgah di jiwa...
jasad kaku memandang takabur dide[an mata...
hermmm.. nice gak..
poem yg baik..teruskan..success..
:D
awak yang payah membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung
:D
myetech9[dot]com @ Enchik Nine
Post a Comment